29 Ogos, 2011

Intuisi a.k.a Gerak hati


Gerak hati ialah pemikiran yang terletak pada otak kanan seseorang. Ianya juga mempunyai kaitan yang kuat dengan pengalaman yang pernah dilalui. Ada di antara kamus yang mentafsirkan gerak hati sebagai kuasa pemikiran seseorang dalam memahami dan mengagak sesuatu tanpa sebab yang nyata. Saya anggap gerak hati yang kuat ialah satu anugerah Tuhan kerana tak semua orang memilikinya. Seseorang yang mempunyai kelebihan ini biasanya dapat mengagak sikap orang lain dengan hanya melihatnya walaupun sebentar.

Apabila saya berhadapan dengan situasi akal logik vs gerak hati, memang sukar nak buat keputusan. Sebelum ni saya lebih mengikut pemikiran logik tapi selepas melalui banyak pengalaman pahit kerana meminggirkan gerak hati yang kuat terhadap sesuatu, sekarang saya lebih berhati-hati. Saya baru sedar gerak hati yang kuat tidak boleh dipandang enteng. Ianya bukan perkara tahyul tetapi pemikiran otak di bahagian kanan. Sama seperti apabila anda berfikir secara logik dengan otak kiri. Biasanya gerak hati saya kuat bila berhadapan dengan orang.

Walaupun ada kemungkinan gerak hati itu salah tapi bagi sesiapa yang mengalaminya seperti dalam kes saya, saya harap anda tidak terus meminggirkannya kerana gerak hati ini boleh menyelamatkan anda daripada dizalimi oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Jika boleh, tak perlu menghebahkan gerak hati anda tentang seseorang kepada orang lain kecuali jika terdesak. Ditakuti akan menimbulkan fitnah pula. Slow and steady, tengok dulu apa tindak tanduk dia.

Waalahua'lam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan