16 Disember, 2013

Tips untuk mencari kerja

Assalamualaikum & selamat pagi semua... =)

Beberapa bulan lepas saya menulis tentang artikel kelebihan 'tanam anggur' a.k.a menganggur ketika sedang menunggu keputusan permohonan kerja & sambung belajar. Artikel tersebut ditulis sekadar untuk menenangkan diri & berkongsi idea dengan pembaca di luar sana tentang bagaimana ingin memanfaatkan masa terluang sebagai penganggur. Saya tak terfikir pula artikel itu akan menjadi salah satu artikel yang dicari oleh ramai pembaca.

Maka kali ini, saya ingin berkongsi tips tentang cara-cara untuk mencari kerja. Tips ini telah saya gunakan sebelum ni. Ianya kaedah cuba jaya sebenarnya. Sebab masa tu takda kerja maka saya menjala saja ke mana pun. Saya tak biasa duduk diam, samada sambung belajar atau kerja, saya tak kisah. Asalkan ada benda nak buat. Jadi, mari kita lihat tips di bawah:

1. Sediakan resume dengan lengkap. Untuk result PMR dgn SPM, tunjuk result yang baik saja. Yang tak baik tak perlu tulis kecuali kalau pihak majikan minta.

2. Tetapkan misi. Tanya diri sendiri, apa yang anda minat? Ke mana anda ingin bekerja?

3. Hantar saja permohonan ke tempat yang anda ingini. TAK PERLU TUNGGU mereka keluarkan notis tentang jawatan kosong. Ini berdasarkan pengalaman saya. I got this tips from my supervisor. I just drop my resume to many places. Guess what, whenever there is a vacancy, they will contact me. Yang penting kena usaha, kena rajin.

4. Jangan terlalu memilih. The most important is the experience. Whatever jobs that you got, when it is halal & you can do it, just grab it. Sementara nak cari kerja yang sesuai dengan kelayakan, buat yang terbaik dengan apa yang ada di depan mata. My supervisor now in USM told me that she accept me as her research assistant because of me, myself. Majikan nak pekerjanya seorang manusia, bukan robot. So, be a human. Mesti tahu cara untuk berkomunikasi dengan baik & beradab sopan.

5. BE CONFIDENT. Yakin pada diri sendiri yang anda boleh buat kerja tu.

6. Sentiasa beri respon yang baik. Kalau anda hantar email kepada bakal majikan tapi lepas tu anda rasa ingin ubah fikiran, balas email untuk menolak tawaran dengan baik. Beri kata putus dengan jelas. Jangan sekadar mendiamkan diri. Itu kurang sopan namanya.

Sekian saja kali ni. Good luck for you all.  Wallahua'lam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan