02 September, 2014

Kahwin muda

Topik malar hijau. Topik yang saya ambil mudah rupa-rupanya sangat serius dalam kalangan remaja sekarang. Saya ada terbaca pandangan pengguna Facebook yang memberi saranan untuk kahwin muda demi mengelakkan maksiat. Ada yang berpandangan supaya memilih nikah gantung sebagai cara untuk mengekang gejolak nafsu muda. Macam-macam pandangan yang ada. Saya tak kata betul dan saya tak kata salah. Sebab pada pendapat saya pula, sesuatu pendapat yang dikeluarkan oleh seseorang dalam perkara yang harus, ianya boleh diterima atau ditolak.

Entri kali ini saya tujukan khas untuk remaja di luar sana. Saya baru sahaja melepasi waktu remaja untuk beberapa tahun. Saya pun pernah ada crush, pernah meminati dan pernah/still diminati...haha. Di sini, saya ingin bercerita tentang serba sedikit keadaan saya ketika remaja. Anda baca, nilai dan fikirkan. Seriously, saya tak faham apa yang berat sangat tentang gejolak nafsu muda yang dimaksudkan oleh remaja masa kini.

Ketika saya remaja, saya memang ada suka dekat beberapa orang rakan sekolah lelaki. Tapi yang paling banyak ialah crush dalam kalangan pelakon Taiwan, sinetron, hero hindustan dan sebagainya. Basically, watak pelakon dalam cerita di tv. Muka hensem, perangai gentleman, duit berkepuk-kepuk memang sempurnalah. Sekurang-kurangnya dalam keadaan ini saya tahu saya normal. Saya suka dengan yang berlainan jantina tapi persoalannya ialah sejauh mana rasa suka tu? 

Saya suka tengok saja. That's it. Pasal nak hidup bersama, kahwin atau ada anak itu langsung tak terlintas dalam kepala otak. Nak tahu kenapa? Sebab saya ada persoalan yang lebih penting dari itu. Ketika remaja saya terfikir:
a. Daripada berjuta-juta sperma, kenapa aku yang terpilih untuk dilahirkan? 
b. Apa kelebihan yang aku ada? 
c. Apa yang mampu aku lakukan untuk family
d. Adakah aku nak biar mak sara hidup aku sampai ke akhir hayat dia?
e. Kalau dia dah takda nanti, macam mana aku nak teruskan hidup?

Tengok, saya ada terlalu banyak persoalan untuk dijawab sampai saya tak ada masa nak berhubungan serius. Sebelum saya tamat ijazah sarjanamuda, saya tak pernah sekali pun terfikir untuk kahwin. Sebab semua persoalan di atas belum terjawab. Paling kurang, kalau boleh ada la jumpa klu tapi memang tak ada. Sekarang, saya sedar yang saya tak terfikir pasal kahwin, boyfriend/ girlfriend, tak terbuai dengan ayat-ayat cinta yang sampai ke tahap nak terkeluar muntah hijau sebab saya sentiasa menyibukkan diri dengan hal yang lebih penting.

Kalau nak kata terganggu dengan tuduhan orang macam tak laku la, lesbian la (sebab takda boyfriend), saya fikir peduli apa aku? Aku hidup kerana Tuhan bukan kerana orang. Diorang kutuk sampai senget mulut pun, takda apa-apa yang jadi dekat aku.

Ada juga yang kata, orang dulu-dulu boleh saja kahwin muda. Haa....cuba tengok macam mana diorang diajar. Yang lelaki, bila dah tamat sekolah Melayu darjah 5, mereka diajar tentang kemahiran hidup supaya dapat berdikari. Dah disuruh cari kerja untuk menampung hidup keluarga. Yang perempuan pula sejak kanak-kanak, dah diajar tentang tanggungjawab menjadi isteri. Jarang sangat orang perempuan dahulu belajar tinggi-tinggi. Pendek kata, zaman dulu tak sama dengan sekarang. Keadaan sekeliling dan cabaran hidup sudah berbeza. 

Apa yang saya nak tekankan ialah kita jangan ambil mudah soal kahwin. Kalau nak mengekang gejolak nafsu, ada banyak lagi jalan lain. Tentukan misi hidup, sibukkan diri dengan akademik dan aktiviti kokurikulum, dalami suruhan agama masing-masing. Untuk Muslim, kalau belajar betul-betul bab nikah, memang akan terfikir banyak kali. Nikah bukan sekadar atas dasar cinta. Ianya disertai dengan tanggungjawab, iman dan banyak perhubungan yang saling berkait. Hubungan kita dengan Tuhan, kita dengan pasangan, kita dengan keluarga sendiri dan mertua. Bila dah ada anak, nak didik anak itu supaya jadi orang yang berguna. Tak adalah yang menjadi sampah masyarakat. Pergi mana pun asyik menyusahkan orang. Pendek kata, kita nak ada keluarga yang boleh memberi sumbangan kepada agama, bangsa dan negara. Bukannya zuriat dan keluarga yang contribute pada peningkatan masalah sosial. Untuk mencapai perkara ini, kita perlu fit dari segi mental, fizikal dan material.

Masa remaja ialah masa yang terbaik untuk kita dapatkan sebanyak mana pengalaman yang berguna di kemudian hari. Dalam berkawan, kita belajar untuk terima setiap kelebihan dan kekurangan kawan-kawan. Kita belajar untuk memaafkan, menghormati dan mengasihi antara satu sama lain. Dalam menyeimbangkan pencapaian akademik dan kokurikulum, kita belajar untuk membahagikan masa kerana bila dah berkeluarga nanti, akan lebih sukar untuk kita fokus pada kerjaya dan keluarga sekaligus. Kita kena belajar dari sekarang. Jika kita fokus pada pengajaran dan pengalaman yang kita dapat dalam menempuhi usia remaja, ianya secara tidak langsung akan mengajar kita untuk berfikiran matang. Bila ada masalah, selesaikan bukan lepas tangan.

Percayalah, lebih mudah bagi kita untuk belajar dan fokus dengan pengalaman pada usia remaja daripada kita nak selesaikan masalah rumah tangga dalam keadaan kita tak cukup bersedia dari segi mental, fizikal dan material. Masa remaja sangat berharga kerana rasa ingin tahu, tenaga dan semangat berada pada tahap yang tertinggi. Terlalu banyak pengalaman yang tak ternilai harganya itu untuk kita rebut. Maka, gunakanlah usia ini dengan sebaik-baiknya.

2 ulasan:

  1. Assalamualaikum..

    Topik yang ringkas tapi membawa pengertian kepada kehidupan. Tahniah.

    Sedikit pendapat, kadang kala pengalaman perlu dicari sebelum mendapat kejayaan dan kadang kala pengalaman perlu dijalani untuk sebuah kejayaan paling manis.. ;)

    Salam perkenalan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam. Terima kasih kerana sudi berkongsi pendapat. Semoga hasil tulisan yang tak seberapa ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat.

      Salam perkenalan juga =)

      Padam