13 Ogos, 2014

Untuk seketika



Untuk seketika
Aku ingin sungai jadi beku
Untuk seketika
Aku ingin deru ombak jadi kaku
Untuk seketika
Biarkan matahari terus tidur
Untuk seketika
Biarkan purnama kekal mengambang

Tolonglah
Hanya untuk seketika
Kerana sesungguhnya
Aku letih mendengar anjing menyalak
Aku jijik menonton serigala berbalah
Aku sedih menyaksikan pesta bunga api berdarah
Tak pernah surut malah semakin galak

Untuk seketika
Aku pejamkan mata
Untuk seketika
Aku kunci mulut dan telinga
Untuk seketika
Biar aku terperuk
Di bawah rumah di pinggir kampung
Hanya berteman kalam pengubat lara
Sebelum aku hadapi semuanya semula



Tiada ulasan:

Catat Ulasan