14 Ogos, 2013

Kelebihan 'Tanam Anggur' a.k.a Menganggur





Melihat pada tajuk, entri ini khas untuk graduan di luar sana yang baru saja lepas tahun akhir. Sementara menunggu hari graduasi maka ramailah di luar sana yang sedang mencari hala tuju baru. Sebelum ni asyik fikir belajar saja, lepas ni....ehhmm...apa pula? Pada entri yang lepas saya ada katakan nak cari peluang sambung belajar. Hoho...baru tamat degree, baru keluar dari gua, tak tahu pula teruknya dunia luar. Memang senang cakap, nak itu nak ini tapi hakikatnya sangatlah sukar. Bukan senang nak jadi senang kan? Bak kata pepatah, berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, sakit-sakit dahulu, senang-senang kemudian. Rezeki tu Allah yang bagi. Kita sebagai hambaNya bertugas untuk mencari dengan GIGIH. Jika belum jumpa, cari lagi. Jangan risau, Allah Maha Kaya. Pasti ada rezeki disediakan untuk hambaNya cuma kita kena berusaha, solat dan sabar.
 
Penantian satu penyiksaan. Itu ujian. Dugaan hidup. Tapi pernah tak anda terfikir, kelebihan yang kita ada sepanjang tempoh 'tanam anggur' ni? Entri saya bukannya bermaksud nak ajak orang ramai-ramai ikut serta 'tanam anggur' tapi bertujuan nak bagi semangat kepada diri saya & juga rakan lain di luar sana yang semestinya tengah risau jika belum mendapat tempat di mana-mana lepas tamat ijazah. Antara kelebihan kita 'tanam anggur':

1. Masa lapang
 
Salah satu nikmat yang paling kerap tidak disyukuri ialah nikmat masa lapang. Masa 'tanam anggur' ni, begitu banyak masa lapang yang terbuang. Apa kata masa ni sambil kita menunggu panggilan kerja @ sambung belajar, kita cuba memperkasakan kelebihan yang kita ada. Ada sesetengah orang mempunyai kelebihan menulis, menjahit, mengait, memasak dan macam-macam lagi la. Dulu masa belajar, kita sibuk sangat buat tugasan, ujikaji makmal & etc. Sekarang ni dah tak sibuk maka boleh la kita kerjakan hobi yang digemari. Mana tahu kemahiran dari hobi yang diminati boleh dijadikan suatu pekerjaan? Ehmmmm...
 
2. Ibadah
 
Disebabkan banyak sangat masa lapang maka ianya boleh digunakan untuk beribadah. Kalau dulu tidur lambat sebab banyak tugasan, penat belajar tapi sekarang dah tak da kan semua tu? Apa kata tidur awal dan bangun tahajud. InsyaAllah, tiap-tiap malam pun boleh. Tambahan pula, kan baru saja kita lepas Akademi Ramadhan. Mungkin masih ramai di antara kita yang dah terbiasa bangun sebelum subuh sebab nak sahur dulu jadi teruskanlah dengan amalan bangun awal tu. Boleh buat qiamullail.

3. Beriadah
 
Dulu, lepas balik dari makmal, nak keluar beli makan pun malas. Nak keluar bersiar-siar, memang tak la. Asal letak kepala ja lelap. Asal terlentok ja lelap. Dalam bas pun boleh tidur. Sekarang dah tak kan, maka boleh la luangkan masa bersama keluarga untuk beriadah. Pergi tengok wayang ke, gotong-royong berkebun ke, masak beramai-ramai ke, ziarah saudara mara yang dah lama tak jumpa ke & banyak lagi la. Masa ni la nak eratkan hubungan silaturrahim. Nak cari balik kawan-kawan lama yang dah 'hilang'. Bila adik beradik dah semakin besar, satu demi satu keluar sambung belajar. Lepas masing-masing dah kerja, dah kahwin, lagi susah kita nak jumpa. Apakata kita gunakan masa yang ada sekarang ni untuk sama-sama mencipta kenangan manis dengan adik beradik. Baik buruk diri kita, adik beradik kita lebih tahu & mereka yang lebih sedia menerima diri kita seadanya.
 
4. Ilmu
 
Sepanjang tempoh 'tanam anggur' ni juga dapat kita gunakan untuk menambah ilmu pengetahuan. Sebelum ni kita hanya baca nota-nota kuliah ja kan sampai surat khabar pun tak sempat baca. Entah apa yang jadi kat dunia luar pun tak tahu. Sekarang la masanya kita nak tambahkan ilmu pengetahuan am. Kalau dah malas sangat nak baca majalah & surat khabar, tengok saja tv. Banyak rancangan ilmiah macam Agrotek, National Geographic & lain-lain. Saya bukan nak mempromosikan apa-apa, sekadar memberi cadangan. Kita tak semestinya hanya perlu mempunyai pengetahuan dalam apa yang kita belajar. Bumi ni luas, banyak lagi perkara yang kita perlu tahu.
 
5. Sukarela
 
Lagi satu, kita juga boleh sertai aktiviti sukarela di kawasan yang berdekatan dengan rumah. Kalau ada aktviti gotong-royong ke, pergi la. Tak pun kalau ada kem motivasi untuk pelajar sekolah, boleh juga jadi penceramah motivasi. Kita kan dah pernah alami zaman UPSR, PMR & SPM dulu. Kita juga pernah terkial-kial dengan hala tuju hidup dulu, pernah alami zaman remaja yang gila. Semua benda nak cuba, nak tahu. Jadi, apakata kita kongsi sedikit sebanyak pengalaman hidup dengan generasi baru supaya mereka tak terpesong jauh. Pertambahan masalah gejala sosial sekarang memang sangat membimbangkan. Kalau kita tak boleh nak ubah semua orang sekalipun, sekurang-kurangnya kita usaha juga setakat yang mampu. Mana tahu akan ada yang terinspirasi dengan pengalaman kita. Just try, got nothing to lose anyway.
 
Setakat ini saja entri kali ini. Sama-sama la kita berusaha mencari rezeki & pada masa yang sama, menikmati tempoh 'penanaman anggur' dengan bijak. Hoho...Bubbye...Assalamualaikum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan