10 Januari, 2019

Resepi Ayam Paprik

Assalamualaikum. Hai. Lama sangat tak update blog. Hari ni saya nak kongsi resepi ayam paprik yang jadi salah satu kegemaran saya untuk dijadikan bekal bila pergi kerja. Daging & sayur boleh campak dalam satu hidangan ja. Senang! 😍



Kuantiti hidangan untuk 3 orang.

Bahan-bahan:

1/2 biji bawang Holland (hiris)
2 ulas bawang putih (hiris)
1 batang serai (diketuk)
2 helai daun limau purut (diracik)
1/2 inci halia (dihiris)
6 biji cili padi (diketuk atau dihiris besar)
1 sudu besar cili mesin
1/2 sudu besar sos cili
1 sudu kecil kicap manis
3 sudu besar sos tiram
1 mangkuk bunga kobis (dipotong)
1 mangkuk kacang panjang (dipotong)
1/2 mangkuk lobak merah
4 ketul ayam (dipotong kecil)
1 sudu besar tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air)
Air secukupnya.

Cara-cara memasak:

1. Panaskan minyak. Tumis bawang Holland, bawang putih, halia, serai, daun limau purut dan cili padi sampai naik bau.
2. Masukkan cili mesin. Gaul  dan biarkan sebentar sehingga cili masak (pecah minyak).
3. Masukkan sos cili, sos tiram & kicap manis. Tambah sedikit air.
4. Masukkan ayam dan lobak merah.
5. Masukkan bunga kobis dan kacang panjang. Tambah lagi air supaya sayur masak.
6. Lepas kuah mendidih, tambah sedikit garam sekiranya kuah tawar.
7. Masukkan tepung jagung yang sudah dibancuh dengan sedikit air.

Dah siap!
Kalau suka kuah yang cair, kurangkan kuantiti tepung jagung.

Selamat mencuba & kongsikan la resepi ini dengan keluarga & kawan-kawan 😀

Tiada ulasan:

Catat Ulasan