22 Disember, 2016

Am I NORMAL?

Assalamualaikum. Hai. Jarang-jarang dah saya tulis kat blog ni, ada lagi ke orang yang nak baca tulisan saya? =D

Entri kali ni takde apa sangat, cuma nak kongsi pendapat saya tentang satu drama kat TV yang tengah trending sekarang ni. Tak nak sebut la nama drama tu, bukan saya dapat DUIT pun kalau promote hahahaha

Saya tengok status kawan-kawan FB, ramai la yang melting bagai dengan watak hero. Siap tulis lagi kata-kata romantik sebagai status. Saya mengaku, saya pun tengok jugak la sebab waktu tu biasa saya dinner & just buka TV sambil-sambil makan. I don't know why, honestly for me, saya rasa menyampah tengok watak hero & saya tak rasa romantik pun dialog dia. Serius. Saya terfikir, am I Normal? 

Whatever scene yang diorang cakap sweet, saya rasa menyampah. Sorry to say. Dan yang saya paling tak suka ialah bila cerita melibatkan watak doktor, apa yang ditunjukkan hanyalah doktor tu pegang stetoskop. Nak check ahli keluarga yang sakit pun, watak yang ditunjukkan dia hanya goncang-goncang badan & nampak gelabah. Please la, boleh tak kalau nak buat cerita tu at least buat kajian sikit. Tak payah sampai ke tahap pakar, cuma ketengahkan perkara asas tentang tugas seorang doktor. Bila pesakit pengsan, doktor akan check nadi, tengok warna kulit, bibir & kuku, tengok keadaan anak mata untuk dapatkan diagnosis awal.

Saya teringin nak tengok cerita tempatan yang boleh mendidik masyarakat tapi pada masa yang sama, cerita tu tak berat, santai je. Contoh macam cerita Korea. Kalau cerita tentang ahli perniagaan, diorang ada juga tunjukkan macam mana strategi pemasaran, macam mana perbincangan untuk keluarkan sesuatu produk. Benda asas je tapi paling kurang, kita NAMPAK kerja ahli perniagaan tu macam mana. Cabaran dia macam mana. Cerita tempatan kita pulak, majoriti pi mai pi mai pasal cinta, 100% tunjuk aksi romantik, tak mendidik langsung. Kalau yang mendidik pula, cerita tu terlalu berat, jalan cerita kurang menarik & tak mampu dihayati oleh masyarakat umum. 

Banyak gula boleh menyebabkan kencing manis, sama jugak bila kita asyik suap masyarakat tentang kemanisan ayat-ayat romantik yang boleh membakar & meledakkan nafsu/kemahuan khayalan. Cinta sebenar antara 2 insan bukan sekadar terletak pada aksi & ayat romantik. Perlu lebih penekanan pada macam mana dengan perasaan cinta tu, mereka saling menyokong antara satu sama lain supaya sama-sama berjaya dalam kerjaya. Daripada sekadar tunjuk aksi romantik, tunjuk la macam mana doktor tu rawat orang yang dia sayang. Tunjuk la macam mana isteri dia tolong dapatkan tender untuk perniagaan suami dia. Cakap meeting dengan Dato' tu, Dato' ni. Tunjuk la sikit perbincangan meeting tu macam mana, pembentangan kertas kerja macam mana. Kalau ada scene yang azankan anak, kenapa perlu letak latar belakang lagu tema? Kenapa tak dengarkan azan tu? Cuba tengok cerita Hindustan, ada ja scene yang mereka baca doa atau petikan dari kitab Hindu. They are proud with their religion, yang kita ni nak malu sangat dah kenapa? Padahal majoriti rakyat Malaysia ni ada agama. Rukun Negara yang pertama adalah Kepercayaan Kepada Tuhan. Azan tiap-tiap hari dengar kat bumi Malaysia ni, takkan tak boleh nak azan?

Sekadar luahan pendapat. Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan, jangan langgar sempadan. Ok? =)

13 Oktober, 2016

Thinking to giving up



Banyak benda yang saya buat tak menjadi. Rasa macam hidup ni terikat, stuck. I feel that I cannot move. Daripada sebesar-besar perkara sampai sekecil-kecil tanam pokok. Pokok bunga mawar dalam gambar di atasa ialah pokok yang ditanam oleh mak saya. Rasanya dah setengah tahun la, pokok tu tak pernah berbunga. Mak saya suruh saya yang jaga sebab mengikut prestasi mak saya, pokok yang berdaun saja yang dia berjaya tanam & tumbuh dengan baik. Kalau pokok bunga, sama ada mati, tak membesar atau tak berbunga. Jadi, dia suruh saya cuba jaga pulak.

Saya pun ikut la cakap mak saya. Saya jaga pokok tu. Siram, buang rumpai. Hari-hari siram pun dia macam tu je, keluar daun punya la banyak tapi tak ada bunga. Tengok pokok yang tok saya tanam, merecik bunga-bunga yang kembang. Saya pun tanya tok saya macam mana dia jaga pokok bunga mawar dia. Tok saya syorkan saya letak baja yang sama macam yang dia guna. Saya pun letak la baja macam yang tok saya ajar. Pokok bunga lain dah berbunga tapi pokok ni macam tu jugak. Kecewa la, rasa macam nak cabut buang je.

Masa saya tengah sapu sampah kat laman, tok saya datang:

Tok  : Mana pokok bunga ros hang yang berbunga tu?
 Saya: Mana ada. Dah lama siram pokok tu, buh baja tapi dia tak berbunga pun.
Tok : Dah keluaq bunga la, sekuntum.
Saya: Mana ada.
Tok : Ada. Hang mai sini tengok betul-betul.

Sometimes we're thinking of giving up by the time that we actually already succeed. We just don't realize it. Saya memang rasa terharu, saya menangis gembira tengok putik bunga yang keluar tu. FINALLY! I DID IT!

Pengajaran yang saya dapat dari jaga pokok ni ialah usaha kena konsisten. Percaya pada diri sendiri, percaya pada kuasa Tuhan. Rasa penat, kecewa tu biasa. Kita ni manusia. Tapi kalau kita betul-betul nak sesuatu perkara tu berhasil, kita kena BUAT SAMPAI JADI. 

05 Oktober, 2016

Sembang-sembang

Assalamualaikum. Apa khabar?

Lama saya tak menulis kat sini, sibuk menulis status di Facebook saja. Hmmm....nak sembang apa? Berita terbaru yang hangat di pasaran, HARGA MINYAK NAIK ke? Rasa macam tak layak saya nak ulas sebab saya bukannya pakar ekonomi. Cuma kalau nak ulas dari segi kedudukan sebagai rakyat marhaen, saya pun sama juga seperti rakyat Malaysia yang lain. Tentu la tak puas hati & boleh agak akan berlaku kenaikan harga barang. 

Tapi, saya sendiri sebenarnya lebih suka fikirkan cara untuk selesaikan masalah daripada pung pang pung pang heboh pasal masalah. Saya juga sedar dengan keadaan ekonomi sekarang, banyak syarikat yang mula kurangkan pekerja. Kalau yang dah kerja pun kena buang kerja, yang tak ada kerja lagi macam saya ni, entah la apa nasib. Anda ada baca post saya sebelum ni? Ya, saya masih bekerja, berniaga simkad Tone Excel sambil-sambil guna handphone tiap-tiap hari. Dah hampir 10 bulan. Alhamdulillah, walaupun belum kaya tapi paling kurang tak perlu meminta-minta dengan orang lain.

Saya tertarik untuk berkongsi dengan anda mengenai kata-kata rakan niaga saya, 
" Payung tu buka awal sikit, biar tak basah kuyup nanti."

Maksudnya, kita kena buat persediaan awal. Kalau dah rasa gaji yang ada sekarang tu tak cukup untuk sara keluarga, cari la sumber pendapatan sampingan.

Kalau rasa lepas graduate nanti belum tentu dapat kerja, buat la kerja part time dari sekarang. Mungkin ada rezeki dari Allah, lepas graduate nanti kerja part time tu boleh jadi full time. Tak kisah la tahap pengajian kita tinggi mana, dalam bidang apa sekali pun. Ilmu bukan hanya pada skrol tetapi pada kemampuan diri kita untuk guna segala pengetahuan yang kita ada & kebolehan bagi mencari nafkah untuk diri & keluarga.

Saya tak malu & tak pernah malu pun untuk mengaku saya graduan Bioperubatan & sekarang saya berniaga simkad. Bidang telekomunikasi & bioperubatan memang berbeza tapi SIKAP dalam menjalankan kerja adalah sama. Istiqomah, sabar, sentiasa belajar, sama je. Walau susah macam mana sekali pun kita belajar & kerja, susah lagi kalau tak ada DUIT. Tu yang kena ingat bila rasa nak give up.

Melihat pada keadaan rakan saya yang biasiswanya dibeku berikutan ada masalah dalam peruntukan, saya jangka pada masa hadapan, sesiapa yang nak sambung belajar, kita kena ada back up duit sendiri. Serius la. Saya bukan tulis sembang kosong, saya menulis kerana saya seorang pelajar siswazah & saya alami, nampak perkara macam ni berlaku di depan mata saya sendiri. Saya menjangkakan yang saya boleh habis pengajian sarjana saya dalam masa 2 tahun tapi ada beberapa masalah di penghujungnya ni, terpaksalah sambung lagi. Mujur ada wang simpanan untuk bayar yuran pengajian. 

Sampai sini saja untuk kali ni, jumpa lagi bila saya ada idea nak tulis...hahahaha... wasalam =)

22 Jun, 2016

17 Ramadhan

Ada apa dengan 17 Ramadhan?

Pada 17 Ramadhan bersamaan 6 Ogos 610 masihi,

Dalam kekacauan keruntuhan akhlak masyarakat Arab Jahiliyah, wahyu yang pertama diturunkan. Perkataan pertama ialah Iqra', BACA. Ubat bagi mengubati kejahilan manusia ialah ILMU. Ilmu tu diperoleh melalui pembacaan baik secara tulisan kalam, kajian pada apa yang ada sekeliling atau mendengar tunjuk ajar ilmuan.



Baca dengan NAMA TUHANMU.
Manusia yang membaca dengan nama Tuhan TAKKAN sombong dengan ilmu yang dia ada sebab dia dah mindset bahawa semua ilmu itu milik Tuhan.

Dia telah menciptakan manusia daripada SEGUMPAL DARAH.
Ingat balik asal kejadian diri kita. Kita ni tak ada apa-apa kuasa. Kita asal kejadian dari sesuatu yang semua orang rasa jijik bila tengok.

Kita lahir dalam keadaan tak tahu apa-apa. Makan minum pun orang yang kena bagi. Nak berjalan pun ibu ayah ajar. Dan sekarang bila kita dah ada ilmu tentang banyak perkara, apa yang kita dah buat untuk tunjuk rasa syukur? Atau adakah kita bersyukur dengan segala yang diberi tanpa kita minta?

Lihat di sekeliling, adakah perkara yang berlaku dalam masyarakat Arab Jahiliyah dulu ada dalam masyarakat kita?
Merompak, membunuh, menipu, amalan riba, pembuangan bayi.... ada tak?

Walaupun Al-Quran diturunkan di Tanah Arab tapi ianya wahyu yang diturunkan untuk semua umat manusia daripada saat Rasulullah s.a.w dilantik menjadi rasul terakhir sehinggalah Hari Kiamat nanti. Ianya untuk SEMUA MANUSIA tanpa mengira bangsa, bahasa dan melangkaui sempadan geografi.

01 Jun, 2016

Kata-kata hikmah a.k.a Word of wisdom (Bahagian 2)

Saya memang suka juga ambil gambar terutama sekali gambar kucing sampai penuh dah dalam laptop. Saya ada terfikir untuk gunakan gambar-gambar tu supaya dapat bagi manfaat atau sampaikan mesej yang baik untuk semua orang. Maka, inilah hasilnya =)