18 Julai, 2011

Suka duka di masjid


Solat berjemaah di masjid ialah antara makanan rohani yang paling 'sedap' ketika saya berada di matrikulasi. Apatah lagi masjid didirikan di dalam kawasan itu dan kebanyakan ahli jemaahnya ialah anak-anak muda. Situasi ini jarang dilihat di masjid-masjid luar.Selepas solat maghrib dan membaca Al-Quran, ahli jemaah perempuan ada yang buat kerja-kerja tutorial, laporan makmal atau baca buku-buku yang terdapat dalam masjid.

Biasanya pelajar perempuan yang solat maghrib secara berjemaah akan ke masjid lebih awal supaya kami tidak terserempak dengan kumpulan pelajar lelaki memandangkan pintu masuk ke bahagian solat wanita bertembung dengan bahagian wudhuk lelaki. Bila rasa tertekan, ikan-ikan di tepi masjid itulah penghibur kami. Ikan-ikan ni memang selalu makan 'free'. Mereka paling suka roti Gardenia yang ada kismis tu. Ikan pun tahu 'demand' tau...jangan main-main. Ada juga kuliah maghrib sementara nak tunggu solat isyak, kadang kala yang bagi kuliah tu sama ada ustaz atau pelajar lelaki. Banyak ilmu dan pengalaman yang saya dapat di matrikulasi, seronok sangat walaupun kadangkala tertekan dengan jadual yang padat.

Baru-baru ini saya ada menyertai program di kampus utama universiti saya. Memandangkan program tersebut berlangsung dari pukul 6 petang hingga 10 pagi, kami terpaksa menumpang tidur di masjid setelah mendapat kebenaran daripada pengawal keselamatan. Kami tak mampu untuk sewa khemah dalam program tersebut, nak sewa bilik asrama lain pula tak sempat memandangkan kampus kami dan kampus induk tu jauh. Lagipun kami hanya sukarelawan dalam program tersebut, jadi tak ada peruntukan kewangan untuk kami. Saya dan rakan-rakan bangun tidur dalam pukul 5.30 pagi untuk solat Subuh berjemaah. Kami hanya menggunakan sedikit ruang di pintu untuk tidur. Kebersihan masjid itu juga dijaga kerana kami tahu kami hanya menumpang berehat memandangkan tiada pilihan lain.

Selesai saja solat jemaah, saya terkilan dengan seorang perempuan veteran nih. Dia memarahi kami kerana tidur di dalam masjid. Saya cuba jelaskan keadaan yang sebenar tetapi ada saja hujahnya. Dah la letih, tak cukup tidur, pagi-pagi lagi dah ada orang cari pasal. Berderau darah saya tahan marah waktu tu. Ingatkan nak dengar kuliah Subuh hingga habis tapi memandangkan kemarahan saya dah meledak, saya terus keluar dari masjid dengan rakan-rakan lain. Dia pula terus mengomel kepada rakannya yang lain. Memang menyakitkan hati.

Baru saya tahu kenapa tak ramai anak-anak muda yang hendak solat jemaah jika begini layanan yang diterima. Alhamdulillah, saya dilahirkan dalam keluarga Islam. Jika saya bukan Islam, belum tentu akan terbuka hati saya untuk memeluk agama Islam jika begini keadaannya. Patut la walaupun agama Islam sudah menapak di Tanah Melayu lebih ratusan tahun tapi hanya sedikit kaum Cina, India dan Orang Asli di negara ini yang beragama Islam. Baru ja nak kenal Islam dah tawar hati bila tengok perangai sebilangan orang Islam sendiri. Saya syorkan kepada rakan-rakan yang ingin mendalami agama Islam, kenallah Islam melalui Al-Quran dan hadis Nabi Muhammad s.a.w. Jangan menghakimi Islam melalui perangai orang Islam sebab ramai di antara mereka ini yang hanya akan melemahkan semangat anda.

Bila saya kongsikan kisah ini dengan rakan-rakan, baru saya tahu betapa seriusnya persoalan ini. Anak-anak muda lebih suka hiburan seperti nyanyian kerana mereka lebih dihargai dan dirai berbanding menjadi ahli jemaah di masjid. Jadi, nak salahkan siapa? Rata-rata mereka berkata susah nak cari anak muda yang tahu azan dan imamkan solat. Masalahnya, siapa yang halang anak-anak muda untuk azan di masjid? Bila solat jemaah, kami ditolak ke belakang. Kami tak dibenarkan berada bersama dalam satu saf. Bila masa pula Rasulullah ajar macam ni? Saya lihat rakan-rakan saya yang beragama Kristian sangat dirai kehadiran mereka di gereja. Siap pihak gereja datang ke asrama untuk jemput mereka beribadah bersama.

Kesimpulannya, anda sebagai golongan veteran secara umumnya akan 'pergi' dahulu. Sepatutnya anda mendidik kami, anak-anak muda ni untuk menjadi orang Islam yang lebih baik. Maaflah jika entri saya ini terlalu kasar tetapi saya memang benci sangat dengan sikap macam ni. Kami darah muda ni lebih 'panas', silap cara didiknya, memang cepat kami melenting. Bila kami hormat anda, anda pun perlu hargai kami. Amalkan situasi menang-menang kerana kita saudara seagama, sila belakangkan kepentingan diri dan keegoan. Sekian, terima kasih.

Waallahua'lam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan